Friday, November 21, 2008

hujan

hujan itu rahmat

ketika saya masih kanak-kanak, saya amat tidak sukakan hujan kerana jika hujan parents saya tak dapat menoreh, tidak menoreh samalah dengan tidak punya wang dan kena berjimat-jimat agar duit cukup untuk digunakan.
Namun membesar juga saya

ketika saya di sekolah menengah
saya juga tak suka sangat akan hujan walaupun saya berada di sekolah yang terletak di kawasan yang terlembap di malaysia..Taiping
Saya tak suka hujan ketika itu kerana..
kalau hujan taiping sejuk..maka saya mengantuk.
kalau hujan saya tak dapat berlatih hockey.
kalau hujan baju tak kering.
Namun tamat juga persekolahan

Ketika di university
Saya tak suka musim hujan di Jepun.Hujannya melampau-lampau.Angin ribut sebagainya
Terutama hujan ketika musim sejuk.Ya Allah meluap-luap perasaan nak kembali ke Malaysia
Namun saya berjaya juga tempuhinya
hujan itu rahmat

ketika bekerja sekarang, boleh dikatakan minggu ini sahaja, hari-hari saya terpaksa redah hujan..dari office-laboratory-office-balik rumah
basah lencun luar dalam.sandal sampai dah lekang.
Saya berharap kesan hujan ini juga rahmat buat saya.

Ya Allah permudahkanlah.

Hujan itu anugerah buat kita
sumber air sumber tenaga

teringat zaman matrikulasi dahulu.
Di bandar baru bangi kerap keputusan bekalan air
Kediaman desa raja nong chik.
Membawa dua baldi berisi air naik ke tingkat 3!penatnya Allah sahaja yang tahu

Bila hujan hati girang..tadah air mandi hujan...rahmat kan???

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search