>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, November 21, 2008

nak besar

Mommy..wot’s this?
Needle..
Ni-de?
Jarum…
Ja-rom?
Iye…
Ni?
Benang..
Buat apa ja-rom be-nang ni?
Menjahit….
Jahit apa?
Jahit tudung..
Tudung apa?

tudung untuk mommy….
Ohhh…
(ingat ke dah habis..ada lagi)

Mommy ni ape?
Benang…
Buat apa?
Benang digunakan bersama jarun untuk menjahit bagi mencantumkan kain.
Acif tak tahu ja-het….
Nanti besar kita belajar ya…
Dah besar la…
Belum cukup besar…
Bile acif besar?
Lagi 4 tahun besar la..
Am-pat tu mane?(empat tu banyak mana?)
Lama lagi la…
Lama?
Ya…
Kenapa acif lama besar(kenapa saya ni lambat lagi nak besar)
Kita ni memang asal dari kecil dan membesar sedikit demi sedikit.
Bile?
Nanti…
Acif nak hanen..nak tido..nanti acif besar…mommy simpan la ja-rom..jom tido..jom..jom…nanti acif ti-top(tutup)lampu…
OK..jom..jom….

(ingat ka dah habis)

Mommy…tu nengok(tengok) daddy dah tido…
Ye..
Daddy..daddy bangun..bangun…
Ehh kenapa kacau daddy?
Daddy tak nak tengok ben-10 ke?
Ben-10 apa malam-malam ni..jom tido..
Acif nak tido..nak besar…
Iyeee

(dah baring nak tido ni..)

Mommy acif bile besar?
Nanti besar la ..hari-hari membesar….
Acif besar..acif besar…mommy nak hanen..
Baby..nanti dah besar takleh nenen dah tau..
Hah??
Acif tak nak besar!

Melayan budak bertuah ini memang penat tapi syiok!

No comments: