>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, November 10, 2008

Dapur berasap- cara-cara tanak nasi menggunakan dapur kayu!

Dapur berasap
(mendapat ilham dari entry Mimielola)

Adalah kalian pernah menggunakan dapur yang berasap a.k.a dapur kayu?

Tahukah kalian bagaimana hendak menggunakannya?
Tahukah kalian bagaimana hendak menanak nasi menggunakan dapur kayu??????
Tahukah kalian bagaimana hendak menghidupkan api?

When I was young, rumah saya memang menggunakan dapur kayu.
Atap rumah hitam legam dek asap api kayu.Kihkih

Bila saya sudah remaja baru rumah saya ada dapur gas.

Dapur kayu.
Walaupun guna dapur kayu, ketika berusia 7 tahun saya sudah pandai tanak nasi.
(Jangan tanya bab cari kayu api..memang master!)

Nasi yang dimasak menggunakan dapur kayu bau ‘kayu’…Sedap weh bau dia
Pernah rasa?

(Bayangkan rumah anda tak jauh dari sungai, anda sedang duduk diberanda beratap rumbia, makan nasi putih ditanak dengan dapur kayu, berlaukkan ikan perkasam yang nenek ada sendiri perap, ikan ayah anda yang jala kat sungai…beras fresh dari sawah tak jauh dari rumah anda…bayangkan…SEDAPNYA!Dan tak mungkin aku akan dapat nikmatinya lagi! Nenenkku sudah tiada..Ayahku sudah uzur …rumahku sudah tinggal tapak…Dan aku tak mungkin ke sana )

Cara hidupkan api dapur kayu
Gunakan kayu kecil-kecil…rincik2 jika perlu jika tidak patahkan ja ranting-ranting kecil yang kering.
Nyalakan
Then bila api dah ‘lekat’ baru boleh letak kayu besar.Bleh juga guna sabut buat penghidup api.
Worst case, aku pergi kat pokok getah aku tarik sikit getah kering pokok getah tu aku guna wat ‘pelekat api’ hahahaa(tapi ni tak environmental friendly ya..tidak digalakkan)

Cara masak nasi
Senang ja
Cuci beras macam biasa.Gunalah air mutlak!
Letak atas tungku yang api sedang nyala
Bila dah mendidih tarik-tarik keluarkan kayu bernyalaan, biar bara aja kat bawah periuk/tungku.
Tunggu nasi kering.Tutup dengan penutup periuk.
Nak tau nasi dah masak ke belum…nasi dah kering, kat tudung periuk ada wap-wap air….

Paling best tanak ngan periuk tanah guna sudip kayu buatan sendiri…

Bakar ikan guna dapur kayu pun best
Tak yah guna jaring, guna je buluh kepit ikan-ikan..Bakarrrr…Balut ngan daun pisang…Fullamak!

Pernah akan nasi ditanak dalam buah kelapa?
Ni pun sedap!

Nasi di tanak dalam buluh????
Pun best….

Nanti bila anak aku dah besar bleh ajak gi camping then bleh praktikkan cara-cara masak nasi zaman aku kecil molek dolu!
Insya Allah..
Sapa nak join sila book dari sekarang!

No comments: