Thursday, November 6, 2008

Isu Khas

Aku menempel tengok Isu Khas malam tadi, kerana suamiku begitu berminat untuk menontonnya maka kugagahkan juga.Hahahahaaa

Aku tak nak ulas bab isi kandungan apa yang diperkatakan.
yang aku nak bebelkan adalah mengenai the TPM

1. Nampak macam dia tak confident

2. Dia menunjukkan sikap tidak professional apabila cuba menghentam pihak pembangkang. Jangan risau la TPM...Ko bleh le rasa menjadi PM kalau U*NO punya orang tak khianat ko.DSAI tak akan jadi PM la dalam masa terdekat ni...Masa depan aku tak tau sebab aku pun tak kenal DSAI tu...so lantak dia

3. Alahai tau la menteri kewangan tapi gunalah term yang friendly sikit hahaha
Aku ni sib baik suamiku orang account so adalah tukang terjemah
dah tu bila depa guna bahasa yang susah untuk rakyat marhaein nak faham, kang pembangkang tolong terjemah depa juga yang meloncat...
(ke aku ja yang tak faham bahasa???)

4. Aku tengok tak habis sebab aku tak nak terlepas tengok drama bersiri kat AstroPrima(mertua Vs.Menantu) Hahahaha---->Padahal nanti kat Astro akan ulang 123 kali tuh!

Kenapa tiap kali budget sure mereka yang kerja sektor awam/kerja ngan kerajaan ja banyak dapat faedah.
yang kerja kilang macam aku ni??
Kesian kami tau!!!

So, hire lah saya masuk sektor awam!

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search